Lailatulqadar adalah malam yang sangat dinantikan oleh umat Islam di seluruh dunia dan ia juga dianggap sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam dalam sepuluh hari terakhir bulan Ramadan dan masjid masjid akan mula dikunjungi oleh orang ramai yang mahu menambahkan ibadah.
Ibadah pada malam Lailatul Qadar termasuklah solat fardu, solat sunat tarawih, solat tahajud, membaca al-Quran, bersedekah, dan pelbagai ibadah lain yang dianjurkan.
Namun ramai umat islam yang bekerja syif malam kerap meluahkan ketidakpuasan hatinya kerana ingin bersama-sama memburu Lailatulqadar.
Walaupun tuntutan kerja pada waktu malam mungkin membuat ibadah menjadi lebih mencabar, namun Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penerimaan.
Namun masihkah ada peluang untuk pekerja syif malam merebut lailatulqadar?
Penjelasan dari Profesor Ahmad Thib Raya, seorang ahli Pendidikan Bahasa Arab di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta (UIN Jakarta), menegaskan bahwa seseorang yang bekerja pada waktu malam, atau bekerja pada syif malam, tetap memiliki peluang untuk meraih malam Lailatul Qadar.
Ini memberikan harapan kepada individu yang berada dalam situasi tersebut, bahwa keberkatan dan kemuliaan malam Lailatul Qadar masih dapat diraih meskipun mereka memiliki tuntutan pekerjaan pada waktu malam.
Kerana menurutnya, seseorang yang mendapat Lailatul Qadar adalah orang yang bersungguh-sungguh dalam ibadah.
“Seseorang yang mendapat Lailatul Qadar ialah seseorang yang benar-benar berdoa, berzikir, dan memohon ampun kepada Allah SWT pada malam itu,” tambahnya.
Seorang ulama dari Indonesia menjelaskan ciri-ciri orang yang mendapat malam Lailatul Qadar dengan menerangkan bahawa tanda-tanda tersebut antara lain:
1. Memperbanyakkan ibadah
2. Ciri-ciri orang yang mendapat malam Lailatul Qadar juga dapat dilihat dari perkara-perkara kecil dalam kehidupan seharian, seperti perubahan sikap seseorang terhadap orang lain. Contohnya, perubahan sikap suami terhadap isteri menjadi lebih lemah lembut dan penyayang, kurang emosional, dan begitu juga sebaliknya.
3. Semakin baik dari segi perwatakan mahupun gaya percakapan.
4. Makin mendekatkan diri kepada Allah.
5. Memperbaiki hubungan silaturahim antara keluarga mahupun sesama manusia.
Baca juga: “Menyampah tengok suami jadi biawak hidup, ada SPM je tapi kerja memilih sangat”