Kes Bella didera : Peguam ini dedah kisah sebenar, bukan Bainun yang dera rupanya

Selepas saya membaca kisah Bella dan melihat video Bella, perkara pertama yang saya fikir pada waktu itu, ada 6 kanak-kanak di kondo tersebut, kenapa Bella seorang sahaja yang cedera teruk?

Saya seorang peguam. Saya tidak mudah terpengaruh dengan satu versi cerita, tanpa menyemak versi yang lain. Saya tidak cepat beremosi seperti netizen di kalangan orang awam.

Lalu saya lakukan proses finding of facts. Disebabkan nature kerjaya saya, circle of friends yang saya ada dan network yang saya miliki, saya berupaya mencari fakta, kemudian verify, clarify dan cross check setiap fakta.

6 kanak-kanak tersebut ialah :-

1) Bella berusia 13 tahun, Sindrom Down
2) seorang gadis berusia 16 tahun
3) seorang gadis berusia 14 tahun
4) seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun
5) seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun, Sindrom Down
6) seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun, Sindrom Down

Enam kanak-kanak yang tinggal dalam rumah yang sama, dijaga oleh orang yang sama, kenapa lima orang sihat walafiat, tetapi Bella seorang cedera teruk?

Gadis berusia 16 tahun dan 14 tahun sudah diambil keterangan oleh pihak polis. Mereka saksi kejadian. Walaupun mereka kanak-kanak, usia mereka sudah belasan tahun. Mereka sudah boleh bercakap dan bercerita. Keterangan mereka ada weightage.

Lalu kenapa Bainun tidak ditahan reman?

Sebab POLIS SUDAH TAHU KISAH SEBENAR.

Saya harap polis dan JKM dedahkan hasil siasatan mereka kepada umum. Kes Bella ini sudah jadi public interest. Sampaikan Menteri dan Senator pun berlumba-lumba datang mencapab.

Hari ini saya dimaklumkan, team JusticeforBella beria-ia menghubungi keluarga kandung kanak-kanak tersebut. Memujuk mereka untuk membuat laporan polis terhadap Bainun.

Walhal keluarga kandung mengetahui betapa baiknya jagaan Bainun terhadap anak-anak mereka.

Walhal pihak yang mula-mula melaporkan kes Bella ini juga tahu, siapa Bainun dan bagaimana Rumah Bonda beroperasi.

Saya rasa dah tiba masanya team JusticeforBella menilai kembali setiap tindakan mereka. Ini bukan justice for Bella. Ini untuk menjaga air muka mereka, kerana telah terlanjur mencipta kontroversi.

Saya di pihak siapa?
Saya di pihak Bainun.
Saya di pihak Syed Azmi.
Saya di pihak Rumah Bonda.

Polis dan JKM, kalian tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kalau kalian diam, takpe, saya boleh tolong jadi jurucakap. Untuk mendedahkan kebenaran.