Kes bunuh Zayn Rayyan Abdul Matiin memang menggemparkan tanah air sehingga sohor kini di media sosial termasuk di platform X.
Sehingga pagi ini, tragedi malang menimpa anak syurga itu muncul trending dengan 34,000 posts menyebut tentang kanak-kanak autisme yang baru enam tahun melihat dunia itu.
Semalam, ibu dan bapa kepada Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan mengabaikan arwah dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal pada Disember tahun lalu.
Namun, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, masing-masing berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah.
Berdasarkan pertuduhan, suami isteri itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan, mengabaikannya dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain pula memberikan rumusan berkias.
“We are so close, yet so far (kita dah hampir-hampir ke penamat, namun hakikatnya masih jauh),” katanya menggambarkan siasatan polis dalam kes itu yang sudah hampir mencapai penyelesaian, namun tidak menuju seperti diharapkan.
Pencapaian kes itu tidak menghala seperti diharapkan iaitu pertuduhan kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Walaupun beliau berbangga dengan pencapaian anak buahnya dalam mengendalikan kes itu, Mohd Shuhaily dilapor berkata, hakikat pendakwaan hari ini perlu diterima.
Apapun, banyak perkara pasti akan terbongkar termasuk yang tidak disangka semasa prosiding perbicaraan di mahkamah yang dijangka Julai ini. Ibarat ‘game’, ia masih baru ‘set up’ padang.
Oleh itu, semua pihak buat masa ini tidak harus mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung penyataan-penyataan yang tidak tepat sepanjang siasatan dijalankan PDRM sebelum ini.
Ikuti pandangan peguam Liyana Marzuki yang juga penulis buku “Jangan Pajak Otak” (2024) terbitan Alaf 21 mengupas kes membabitkan Zayn Rayyan.
Mulanya, tulisan beliau ini dimuatnaik di platform X dengan meraih lebih 900,000 views sehingga tengah malam tadi:
KES ZAYN RAYYAN: “BEBAN BUKTI”
Dalam sistem mahkamah, terutamanya dalam kes jenayah, the GAME is, bukan apa kita tahu yang terjadi, tetapi apa yang boleh dibukti.
Ini kerana, apabila seorang itu didakwa, beliau hanya boleh didapati bersalah, tanpa ada keraguan munasabah.
Maknanya, mahkamah perlu yakin-seyakin-yakinnya dialah orangnya yang lakukan jenayah.
Kalau ada ragu-ragu, walaupun sedikit, mahkamah perlu lepaskan pesalah.
Dalam membuktikan kes bunuh, lagilah pulak. Perlu ada bukti senjata, kena ada DNA pembunuh di situ jua.
Kalau ada saksi sahih dan kredibel, lagikan pula. Itu macam dapat kes atas silver platter.
Tapi itu hanya ideal. Setiap kes bunuh, ada saja masalah. Kadang senjata tak jumpa, saksi langsung tak nampak apa. Pesalah main game pula tambah yang dekat dengan mangsa.
Buat pihak penyiasat blur. Ada ketika polis dah tahu siapa pesalah, tetapi buktinya terbatas.
Makanya, ada cara lain yang boleh membantu dengan minta dia mengaku. Itu yang saya difahamkan berlaku, apabila si ibu dibawa ke Mahkamah Majistret. Untuk buat pengakuan depan mahkamah. Bukan depan polis. Pada mereka, agar ada bukti nyata, dialah pesalah sebenarnya.
Namun, atas urusan teknikaliti apabila peguam campuri,maka susahlah nak lekat kes ini.
Apabila kes bunuh tidak dapat dibuktikan, polis perlu dapat kesalahan lebih ringan supaya tidak terlepas sabitan. Masih lagi semua dalam mahkamah perlu putuskan.
Pelik-pelik
Satu yang pasti, banyak sangat isu pelik-pelik di sini yang kita masih mencari.
Bagi pihak ibu/bapa:
- Kenapa cerita mak bapak dia tak konsisten? Kenapa bertukar-tukar sampai perlu buat lakonan semula?
- Identiti Zayn Rayyan pun kita keliru. Nama bapanya seperti ada dua. Tak tahu apa cerita sebaliknya?
Bagi pihak polis:
- Pelbagai naratif keluar pada awalnya, ada kes bunuh, ada kesan penderaan seksual. Namun, ibu bapa didakwa atas kesalahan abai kanak-kanak. Buat orang tertanya, ada pembunuh lain, ‘kah?
Walaupun banyak persoalan ini little birds sampaikan kepada saya. Macam-macam cerita tetapi hearsay sahaja, takut subjudis juga. Eloklah semua ini dijawab ketika bicara.
Satu yang pasti, sama ada anda team polis atau team ibu bapa Zayn, seelok-eloknya elakkan take side.
Side yang patut kita masuk, ialah team adik Zayn.
Doakan keadilan tertegak untuk mangsa, tak kiralah siapa yang menganiaya.
Hatta dalam kalangan ahli keluarga. Hanya boleh kita ketahui ketika bicara.
BACA JUGA Selepas tolong wanita Cina bayarkan ubat, lelaki ini dapat bantuan yang tak disangka