Kes HFMD makin tinggi di Malaysia

Kes HFMD makin tinggi di Malaysia. Kes tangan, kaki dan mulut ini catat lebih 28 ribu kes sejak Januari 2022 berbanding 4,239 kes pada tahun lepas.

HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.

Antara gejalanya ialah demam, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki, serta ulser pada mulut serta lidah.

Peningkatan kes ini dijangka berikutan pembukaan semula semua sektor ekonomi termasuklah sektor pendidikan secara bersemuka dan pembukaan semula taska serta tadika.

Umum sedia tahu aplikasi MySejahtera kini bukan lagi khas untuk Covid-19 sahaja malah kes penyakit berjangkit juga sudah masuk ke dalam sistem. Ini termasuklah penyakit HFMD.

Antara langkah pencegahan yang boleh di ambil ialah:

Jaga kebersihan diri

Ibu bapa perlu pastikan anda sentiasa bersih terutamanya selepas pulang dari sekolah mahupun beriadah.

Pantau kesihatan anak masing-masing

Ibu bapa perlu sentiasa waspada dengan kesihatan anak-anak. Sentiasa melihat kondisi anak-anak sekiranya anak demam. Segeralah bawa ke klinik berhampiran.

Elak bawa anak yang bergejala ke tempat umum

Ambil langkah berjaga-jaga, sekiranya anak ada salah satu simptom tersebut maka hindarkanlah daripada membawa mereka ke kawasan tumpuan ramai bimbang ia akan menjangkiti orang lain.

Jangan hantar anak ke sekolah atau tadika jika bergejala

Apabila di sekolah anak-anak bebas bergaul, risiko untuk mereka menjangkiti orang lain adalah sangat tinggi, jadi biarlah mereka berehat di rumah sahaja.

Pengusaha tadika perlu buat saringan di pintu masuk

Saringan ini dapat membantu mencegah penularan wabak kepada orang lain.

Asingkan kanak-kanak ke bilik khas

Jika ibu bapa kanak-kanak ini tidak dapt mengambil mereka, asingkan mereka ke dalam satu bilik khas agar tiada interaksi berlaku antara kanak-kanak yang dijangkiti dengan yang sihat.

Disebabkan kes makin meningkat, ibu bapa perlu lebih peka mengenai kesihatan anak-anak dan memberi lebih perhatian kepada mereka.

Baca Juga: MySejahtera tidak lagi eksklusif untuk Covid-19 sahaja

Baca Juga: Wanita perjelas kenapa sekatan eksport gandum beri kesan walaupun Malaysia tak import dari India