Kes hilang makin menjadi-jadi, netizen bimbang nasib Nur Aina Faqihah

Polis memberi jaminan bahawa pihak mereka masih lagi giat mengesan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang tinggal di Felda Lurah Bilut, yang didakwa hilang sejak Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, usaha mengesan mangsa digerakkan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Selasa lalu.

“Kita ada terima laporan dan masih mengesan mangsa dan kita juga keluarkan hebahan. Kes ini dikategorikan sebagai kes orang hilang (OH),” katanya, di sini hari ini.

Hari ini, kes orang hilang makin menjadi-jadi dalam kalangan remaja perempuan yang tinggal di daerah Petaling Jaya, Sungai Petani, Kedah dan Bentong, Pahang.

Shahrizan Mohd Daud, 44, berkata kehilangan anaknya Aina Faqihah hanya disedari setelah pulang dari kerja Isnin lalu.

Remaja perempuan itu ada memberitahu adiknya dia mahu keluar sebentar dan tidak pulang sehingga lewat malam.

Baca juga: Tular hantaran dakwa polis tak terima laporan Farah Kartini hilang sebelum 24 jam