Kes hina raja: Muhyiddin diarah bayar RM5,000

Muhyiddin hari ini diarahkan membayar ikat jamin RM5,000 selepas awalnya diarah oleh pendakwaraya sebanyak RM20,000.

Namun selepas peguam Muhyiddin membantah keras nilai yang terlalu tinggi itu, nilai akhinya adalah sebanyak RM5,000 sahaja. Sidang media ini diketuai oleh peguam Pas Takiyuddin Hassan.

Sebentar tadi, bekas Perdana Menteri Muyiddin Yassin menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, susulan ceramahnya yang didakwa menyentuh isu raja, agama dan kaum (3R) pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, awal bulan ini.

Pendakwaan Muhyiddin hari ini menjadikan beliau bekas Perdana Menteri pertama yang dituduh mengikut peruntukan undang-undang berkenaan.

berita lanjut menyusul

Baca: Siapa ahli politik yang bantu Lim Goh Tong dapat 14 ribu ekar tanah di Genting?