Kes pertama penyakit radang hati kanak-kanak misteri dikesan di Jepun

  • Post author:

Kes pertama penyakit radang hati kanak-kanak misteri dikesan di Jepun. Ini adalah kes pertama yang berlaku di Asia.

Penyakit ini telah menjejaskan hampir 200 kanak-kanak di seluruh dunia, terutamanya di United Kingdom. Sehingga kini, seorang kanak-kanak telah meninggal dunia dan 17 orang memerlukan pemindahan hati

Kementerian Kesihatan Jepun mengesahkan pada hari Selasa bahawa seorang kanak-kanak, yang umurnya tidak didedahkan, dimasukkan ke hospital dengan jenis hepatitis akut teruk yang tidak dikenal pasti.

Namun pesakit kanak-kanak ini masih tidak memerlukan pemindahan hati.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memberi amaran bahawa berkemungkinan lebih banyak kes akan dikesan sebelum punca dapat disahkan dan langkah kawalan dan pencegahan khusus dapat dilaksanakan.

Setakat ini, kes-kes tersebut dilaporkan berlaku pada kanak-kanak berumur antara sebulan hingga 16 tahun.

Kes pertama dikesan di UK pada Januari tahun ini. Penyakit ini juga telah merebak ke AS, Denmark, England, Perancis, Ireland, Israel, Itali, Belanda, Norway, dan Sepanyol.

Gejala biasa termasuk cirit-birit, loya, jaundis dan sakit perut.

Pihak berkuasa kesihatan di UK sedang menyiasat punca wabak itu dan melihat sama ada ia mempunyai kaitan dengan Covid-19.

Pegawai telah mengesahkan bahawa tidak ada kaitan antara kes-kes tersebut dengan jangkitan Covid-19, kerana tiada seorang pun daripada kanak-kanak yang dijangkiti itu diberi vaksin.

Baca Juga: ‘Baz Zombi’ dah uzur, pihak berkuasa minta pilih bas lain untuk pulang beraya

Baca Juga: Orang ramai dibenarkan bersalaman pada Aidilfitri, ini protokol baru berkuatkuasa 1 Mei