Deepshikha Nagpal menolak untuk berlakon bersama ‘King of Bollywood’ Shah Rukh Khan dalam filem Karan Arjun tidak lama dahulu.
Akters Bollywood, Deepshikha Nagpal menyimpan perasaan kesal tidak berkesudahan apabila pernah menolak bergandingan dengan dua hero sensasi.
Individu dimaksudkan pelakon yang kini bergelar pengarah filem itu adalah Salman Khan dan Shah Rukh Khan, manakala kejadian pula berlaku sekitar 1995.
Dalam satu wawancara, Deepshikha mendedahkan tawaran tersebut disuarakan sutradara tersohor, Rakesh Roshan, namun ditolak mentah-mentah tanpa berfikir panjang.
Kongsinya lagi, ayah kepada Hrithik Roshan yang ketika itu antara pembikin filem tersohor Bollywood terus memilih aktres lain sebagai pengganti.
Selepas itu, sekali lagi dia menolak untuk dipandankan dengan Salman bagi filem Jaanam Samjha Karo yang dilakonkan oleh Urmila Matondkar.
Dia berbuat demikian kerana tidak mempunyai penasihat sehingga berasa sangat rugi.
Deepshikha, 44, mengakui sampai sekarang berasa menyesal apatah lagi Salman dan Shah Rukh Khan terus melakar nama gah dalam industri perfileman Bollywood.
Baca juga: Kagum! Walaupun usia sudah 80 tahun Penyimpan Mohor Besar Raja-raja boleh hafal teks