Kesian Iqbal, DSV bagi komen pedih “awak tidak layak berada dalam Big Stage”

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Siapa tidak kenal dengan Iqbal Zulkefli seorang usahawan kosmetik yang pernah dikaitkan dengan kontroversi dengan pengasas kosmetik tersohor Datuk Seri Vida (DSV) tidak lama dahulu.

Iqbal yang telah membuat single album baru-baru ini telah menjadi salah seorang peserta dalam rancangan Big Stage musim keempat, Astro Gempak.

Namun malam tadi, beliau telah menerima komen pedih daripada juri membuatkan Iqbal kelihatan cukup sedih di atas pentas.

Komen pedih bukan daripada komposer terkenal Ajai tetapi daripada bekas kekasihnya DSV yang dijemput sebagai juri sebagai Presiden Netizen bagi program Big Stage 2022.

Usai membawa bebera[pa komen yang diberikan pengguna media soial, Vida berpendapat bekas pembantu peribadinya itu tidak layan berada di pentas Big Stage.

“Kita perlu jujur dan berlaku adil. Saya tak nak perkara macam ini ada dalam industri. Jadi saya selaku Presiden Netizen mengatakan kamu tidak layak berada dalam Big Stage,” katanya.

Malam tadi merupakan minggu ke-2 program Big Stage musim keempat.

Iqbal membawakan lagu Kamu Ketahuan dendangan Matta, namun bagi juri tetap Ajai persembahan Iqbal masih lagi ‘hancur’ dan markah yang diberikan oleh Ajai masih dibawah 5.

Bagi Ajai, walaupun Iqbal mempunyai banyak wang, namun ternyata ianya tidak boleh membeli bakat nyanyian.

“Okay Iqbal. Macam ni cerita dia, kamu ni memang tiada bakat dalam bidang nyanyian. bakat ni merupakan satu anugerah pemberian. Saya cakap secara jujur. Walaupun kami memang mempunyai begitu banyak wang ringgit, tetapi bakay memang tak boleh dibeli.”

“Bakat ini merupakan satu anugerah dari Illahi. Macam mana kita nak beri kepada Nya duit, sebab Dial ah yang beri kita rezeki dan wang ringgit.”

“Harus terima the fact bahawa kamu tak ada bakat dan bukan dilahirkan untuk menjadi seorang penyanyi. Namun kena ingat, kamu ni ada diberi rezeki lain, Allah tu adil dan beri rezeki lain,” komen Ajai.

Ini pula satu lagi nasihat dari Ajai kepada Iqbal.

“Nak belajar ni ambil masa. Bukan tiga hari dah belajar akan jadi terus pandai, tidak. Ada individu yang dah bertahun lamanya untuk belajar sebagai penyanyi. Tetapi di Big Stage, kena ada bakat dulu.”

“Saya juga tak berapa suka hal ini dijadikan satu bahan yang kelakar dan lawak. Awak pun perlulah menjaga maruah awak tu, terima kasih.”

Setelah komen panjang lebar dari Ajai, ini respon dari Iqbal.

“Baik, saya terima komen itu dengan hati terbuka.” Itu jawapan dari Iqbal yang telah pun redha.

Di hujung segmen, akhirnya Ahmad Iqbal diumumkan sebagai peserta yang tersigkir dari Big Stage pada minggu kedua.