Tular di media sosial satu video yang memaparkan dua ‘rider’ penghantar makanan terlibat dalam kemalangan selepas berlanggar antara satu sama lain.
Kemalangan itu berlaku selepas seorang rider Foodpanda didakwa melanggar lampu merah dan bertembung dengan rider Grabfood yang mengejar lampu kuning.
Kejadian difahamkan berlaku di persimpangan lampu isyarat di Alam Damai, Cheras berdasarkan info yang dikongsikan orang awam.
Perkongsian video tersebut kemudian mengundang teguran netizen yang meminta para penghantar makanan mengutamakan keselamatan diri sendiri dengan tidak melanggar lampu isyarat.
Malah ada juga mengatakan ia sudah menjadi kebiasaan para rider bertindak sedemikian kerana ingin mengejar masa, malah tidak mengendahkan teguran orang ramai.
Rider tolonglah berhenti langgar lampu isyarat
Netizen juga menasihati bahawa nyawa lagi penting dan berharga berbanding sibuk merisaukan pelanggan kerana lewat menghantar makanan.
“Kasihan, tapi itulah. Salah masing-masing,” kata netizen lain.
“Dah pernah tegur dulu tapi den pula kena maki geng penghantar makanan. Apa-apa pun semoga dua-dua rider tersebut baik-baik sahaja dan cepat sembuh,” kata pengguna Twitter.
Bagaimanapun mereka turut berharap rider terus berhati-hati ketika menjalankan tugasan mereka kerana nyawa tidak boleh diganti.