Ketagihan seks melampau sampai sanggup ugut bunuh ibu sendiri bila tak dapat duit nak langgan pelacur

Doktor kongsi pengalaman rawat lelaki ketagih seks, sanggup ugut nak bunuh ibu kerana tak dapat duit nak langgan pelacur. Kerana ketagihan yang luar biasa, seorang anak lelaki tergamak mengugut untuk membunuh ibu kandungnya sendiri sekiranya permintaannya itu ditolak.

Namun pemuda tersebut bukan menagih dadah, sebaliknya ketagih untuk memuaskan nafsu sendiri sehinggakan pernah memburu mangsa di tempat awam.

Hal ini dikongsikan seorang doktor berdasarkan pengalamannya sewaktu bertugas di sebuah hospital.

Menurut Dr Shazwanie Azeera Soberi, ketika itu dia bertugas di jabatan kecemasan dan kakak pesakit membawa adik lelakinya ke hospital.

Ia susulan kejadian di mana pesakit ditahan orang awam kerana menyerang seorang kanak-kanak perempuan di pasar malam.

“Dia pergi serang budak perempuan kecil, dia nak budak tu. Orang ramai terus kerumun dia dan tahan,” cerita Dr Shazwanie menerusi video yang dikongsi di laman sosial.

Mengenai sejarah pesakit itu, kata Dr Shazwanie, kakak pesakit memaklumkan adiknya menganggur dan hanya tinggal di rumah bersama arwah ibu mereka ketika itu.

Namun,kakaknya mendedahkan adik lelakinya mempunyai ketagihan seksual dan sering menonton bahan pornografi di rumah.

“Dia duduk di rumah hanya melayan porno. Masa mak dia hidup, dia pergi ‘melanggan’ (pelacur). Sejak zaman sekolah lagi dia ‘melanggan’.
“Sepanjang hari dia hanya melayan laman-laman web pornografi, dia ‘melayan’ diri dia sendiri. Sampai dia nampak orang-orang kat luar pun dia berimaginasi,” katanya.

Dr Shazwanie berkata, keadaan yang dialami pemuda itu menyebabkan satu ketagihan yang tidak terkawal yang akhirnya memudaratkan dirinya.

Difahamkan, kali terakhir pesakit berkenaan ‘melanggan’ wanita akibat ketagihan anehnya adalah sewaktu ibunya masih hidup.

“Dia selalu minta duit dekat mak dia untuk pergi melanggan wanita. Mak dia bagi sebab dia ugut nak bunuh mak dia.
“Jadi mak dia takut dan terpaksa bagi duit. Sampailah mak dia meninggal dunia, barulah dia tak dapat benda tu.

Menurut Dr Shazwanie lagi, pesakit berkenaan juga pernah menceritakan apa yang dilakukan terhadap wanita-wanita yang dilanggannya secara terperinci.

“Ia sangat menjijikkan. Dalam satu hari tu, banyak juga dia melayan diri dia. Keadaannya macam tidak terurus,” katanya.

Akibat ketagihan itu, pemuda itu dimasukkan ke wad psikiatri untuk menjalani rawatan.

“Ada sebab kita tak boleh buat benda tu, benda ini (perkara yang dilarang dalam agama). Bukan saja-saja Allah menetapkan ‘peraturan’ kepada kita semua.
“Buat dosa tu memang seronok sampai terbuai-buai, rasa benda tu simple bukan dosa. Tapi benda tu tak elok.

Dr Shazwanie bagaimanapun menegaskan perkongsiannya bukan mahu menghukum pesakit itu, sebaliknya memupuk kesedaran tentang risiko dan keburukan daripada ketagihan aneh.

Bagi mengelakkan ketagihan seumpama itu, dia turut menasihat masyarakat supaya membuat kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran.

“Teruskan berbuat baik dan elakkan melakukan benda-benda aneh. Saya bukan judge pesakit ini buat dosa dan dibalas dengan masalah psikiatri. Tidak.

“Semoga Allah pelihara kita dari perkara yang memudaratkan. Amin,” katanya lagi di TikTok.

Baca juga: Rupanya ini teknik rahsia cara buat fries homemade tapi rasa sedap macam makan kat kedai