Ketirisan subsidi diesel 2023 cecah RM10 bilion, pakar setuju subsidi bersasar

Kerajaan semalam telah mengumumkan pelaksanaan subsidi bersasar untuk menyediakan pembaharuan di bawah Ekonomi Madani.

Harga diesel yang direkodkan baru-baru ini di Semenanjung Malaysia telah diapungkan dan mengikut pasaran adalah RM3.35 seliter.

Namun mengikut kajian yang dilaksanakan sejak tahun lepas, terdapat ketirisan subsidi yang menjejaskan pendapatan negara.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Johan Mahmood Merican berkata kajian untuk mengelak ketirisan ini perlulah diteliti supaya golongan yang berpendapatan rendah dapat dilindungi kerajaan.

“Sudah tentu, kami melihat kebocoran diesel bersubsidi di tapak pembinaan dan kami perlu mengurangkan kebocoran terutamanya bagi mereka yang tidak sepatutnya mendapat manfaat daripada amalan subsidi,” katanya pada sesi panel mengenai ‘Sorotan Belanjawan 2023 dan Memperkukuh Pembaharuan Fiskal’ di Invest Malaysia hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendedahkan ketika Belanjawan 2023 bahawa nilai ketirisan yang tinggi itu wujud akibat diesel yang diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Baca juga: Tiga beradik teruja dapat pulang sekolah awal, guru tak sampai hati bagitahu bapa baru meninggal