Ketua Ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT), Sittah Annur, 39, mengisytiharkan dirinya bertaubat (Istitabah) secara terbuka pada Isnin.
Sittah atau nama sebenarnya Masitah Ab Jalar membuat pengisytiharan itu di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
“Dengan ini saya bertaubat kembali ke pangkal jalan mengamalkan ajaran Islam berdasarkan sumber pengetahuan dan ilmu yang benar saya insaf bahawa tiada jalan pintas ke syurga melainkan dengan keyakinan akidah Islam…,” katanya.
Pada 4 September lalu, wanita terbabit yang mendakwa dirinya mampu berhubung dengan malaikat, Nabi Muhammad SAW dan ALLAH ditahan polis sekitar jam 1.10 pagi.
Masitah sebelum ini mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan buat umat manusia.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/163666/BERITA/Nasional/Sittah-Annur-isytihar-bertaubat