Ketua menteri Sarawak umum dun Sarawak dibubar secara rasmi rabu lalu

Dewan Undangan Negeri Sarawak bubar berkuat kuasa 3 November lalu, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Beliau berkata, Speaker DUN akan maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembubaran DUN Sarawak.

Beliau berkata, kerajaan negeri sekarang akan berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga pilihan raya negeri Sarawak diadakan.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia, sebentar tadi.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/11/883836/dun-sarawak-bubar-rabu-lalu-abang-jo