Kumpulan pro-Palestin Boikot, Penjualan, Sekatan (BDS) hari ini memaklumkan bahawa restoran makanan segera terkenal di Malaysia, KFC tidak pernah berada dalam senarai jenama yang layak diboikot.
Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail turut menambah rangkaian KFC tidak melakukan tindakan yang sama seperti rangkaian restoran makanan segera lain yang menyediakan makanan percuma kepada tentera Israel dari cawangannya di sana.
“Kami tidak pernah berkempen untuk rakyat Malaysia memboikot KFC sejak dahulu hingga sekarang,” katanya.
QSR Brands (M) Holdings Bhd, yang menguruskan KFC dalam satu kenyataan pada 29 April lalu berkata, mereka tekad menyumbang kepada membangun ekonomi Malaysia yang dijamin dengan pekerjaannya yang seramai 18,000, di mana 85 peratus dari kakitangannya adalah beragama Islam.
QSR Brands turut bertekad akan terus menjadi pembayar cukai terbesar di Malaysia dan memberi semula kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah.
Baca juga: TLDM dedah rakaman video insiden helikopter sebelum nahas, akhirnya terjawab puncanya