Khairul Aming pecah rekod jualan daging dendeng cecah RM1.2 juta dalam masa hanya 3 minit di TikTok

Siapa tidak kenal Khairul Aming pempengaruh terkenal kerana sentiasa berkongsi idea masakan ringkas kepada rakyat Malaysia.

Selepas Sambal Nyet, semalam Khairul Aming telah mengeluarkan satu produk baru keluarannya iaitu Daging Dendeng Nyet. Rata-rata netizen sangat teruja untuk mencuba dendeng nyet itu.

Tepat jam 9 malam di TikTok semalam, Khairul Aming telah secara rasmi membuka jualan daging dendeng secara ‘live streaming’.

Apa yang mengejutkan dendeng itu berjaya dijual sebanyak 80,000 unit hanya dalam masa 3 minit 39 saat. Jumlah jualan yang diperolehinya adalah sebanyak RM1.2 juta.

Rekod itu merupakan rekod terbaru jualan habis dijual dalam masa yang singkat.

“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ni, saya amat terharu dengan sokongan anda,” kata Khairul Aming dalam sesi penstriman langsung di TikTok Shop yang diadakan di kilangnya sempena kempen jualan 2.2 .

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Khairul Aming dan ramai juga yang kecewa kerana gagal mendapatkan produk berkenaan.

Baca juga: Macam ni rupanya ketam salin kulit, tak pernah terfikir pulak selama ni