Kifarah? Shila Amzah gagal ke final Famili Duo, sudah jangka perkara itu

Di saat kontroversi sedang melanda keluargnya, Shila Amzah dan adiknya tampil dalam rancangan Famili Duo (FD3) seolah-olah mahu menutup mulut netizen berkenaan pergolakan kaum keluarganya.

Malah, kata-kata netizen yang menyifatkan kegagalannya mara ke konsert akhir Famili Duo musim ketiga adalah kifarah berikutan kontroversi bersama ibu dan adik-beradiknya.

Bagi Shila setiap individu bebas bercakap apa sahaja mengenai dirinya dan keluarga, namun hanya mereka yang tahu kebenaran di sebaliknya.

Pada masa sama, penyanyi lagu Patah Seribu itu menyifatkan, individu yang gemar bercakap buruk mengenai orang lain perlu didik hatinya supaya lebih menghormati perasaan sesama manusia.

“Apapun yang berlaku, dalam ucapan saya sebelum ini, saya tetap berterima kasih kepada mak ayah. Kalau tiada mereka, saya pun tiada di sini,” katanya kepada BH Online.

Shila gagal layak ke konsert akhir FD3 bersama adiknya, Syahir mengakui sudah menjangkakan perkara itu.

“Bagi kami, program ini seperti ‘roller coaster’, ada naik dan turun. Sekejap begini, sekejap begitu. Daripada minggu ketiga, kami akhirnya faham macam mana.

“Jadi, kami tak anggap ini pertandingan, tapi anggap seperti sedang buat persembahan sahaja.

“Bermula minggu keempat bertemakan dangdut, kami mula fikir untuk hanya buat persembahan tanpa perlu fikirkan rating, komen dan markah. Asalkan kami dapat menjadi lebih akrab.

“Kami tak mahu bazirkan masa yang ada,” katanya.

Terdahulu, menerusi konsert FD3 separuh akhir, Shila dan Syahir yang membawakan lagu Sakit nyanyian asal YonnyBoii dan Zynakal berada di kedudukan kelima dengan mengutip 310.7 markah.

Baca juga:

Baca juga: Coldplay berjaya kalahkan 4 konsert di Bukit Jalil