Kiriman kek hari lahir untuk Fazura buat ramai sebak, “Tinggal Mommy dengan Fatima je”

Meskipun sedang diuji dengan penceraian, Fattah Amin dilihat tidak melupakan tarikh ulangtahun kelahiran isterinya yang ke 41 iaitu Nur Fazura.

Ia dapat dilihat berdasarkan kiriman yang dihantar oleh pelakon terkenal itu kepada isterinya baru-baru ini.

Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, menghadiahkan jambangan bunga berserta kad ucapan dengan menitipkan doa agar kehidupan isteri tersayang sentiasa diredai dan diberkati Allah SWT.

“Mommy (panggilan Fazura), Selamat hari lahir Mommy, Daddy (Panggilan Fattah) doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa gembira.

Namun, kek yang dikirim oleh ahli keluarga Nur Fazura pula yang menarik perhatian netizen.

Masakan tidak, kek berwarna pink itu dilihat dihiasi dengan anak patung yang hanya mengandungi dua patung iaitu Fazura dan juga anak perempuannya, Fatima.

Pada Rabu lalu, Fazura dan Fattah mencuri perhatian apabila hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari, Selangor bagi sebutan kes penceraian mereka.

Namun, kes itu disambung pada 7 Oktober depan.

Baca juga: Tahanan dilayan bak pengganas, ramai taktahu apa itu SOSMA