Kisah lama dibongkar netizen, rupanya Uqasha Senrose pernah didakwa buli rakan sekolah

Berita mengenai pelakon cantik, Uqasha Senrose yang didakwa memukul pembantu peribadinya kini tular di laman sosial.

Meskipun sudah menepis dakwaan itu ketika bersiaran langsung, namun bukti laporan polis ditularkan oleh seseorang dan nama pelakon tersebut ada dinyatakan di dalam laporan itu.

Namun apa yang menambah keraguan netizen, sebelum ini isteri kepada pelakon Kamal Adli juga pernah didakwa membuli seorang rakan sekolah hingga menyebabkan mangsa mengalami kemurungan.

Memetik laporan Harian Metro pada 17 Mac 2023, Uqasha pernah menjawab pertanyaan itu apabila ditanya ketika siaran langsung Tiktok.

“Saya tak pernah buli orang di sekolah. Ini kerana saya yang banyak berpindah sekolah ketika tingkatan empat dan lima dulu.”

“Semuanya akan terjawab nanti dan peguam akan buat siasatan terperinci,” katanya.

Namun dikatakan sebelum sempat pelakon itu mendapatkan keadilan, mangsa buli tersebut telah meninggal duni atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Baca juga: Terkejut tengok gua batu kapur bawah Kuala Lumpur, perkongsian lelaki ini buat ramai kecut perut