Kisah sedih pemain Liverpool pernah berlapar, main bola tanpa kasut tapi sekarang mampu bagi duit tiap bulan pada orang kampungnya sendiri

Kisah sedih pemain sayap Liverpool Sadio Mane yang pernah menderita kelaparan, bekerja di ladang dan main bola tanpa kasut sebelum namanya menjulang naik, menyentuh hati netizen.

Bagaimanapun sekarang setelah berjaya mencapai impian menjadi seorang pemain bola sepak, Sadio Mane mengucapkan terima kasih kepada yang sentiasa menyokong dia kerana kini dia dapat membantu ramai orang-orang kampungnya yang susah.

“Saya pernah menderita kelaparan, berkerja di ladang, terselamat dari perang, bermain bola tanpa kasut, tiada mempunyai apa-apa dan banyak perkara lain.”

“Terima kasihlah tentang apa yang saya perolehi hari ini. Dengan bermain bola sepak saya telah dapat membantu orang-orang saya.

“Kami telah membina sekolah dan hospital, dan kami juga telah membekalkan pakaian, kasut dan makanan kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan melampau,” katanya.

Malah difahamkan, Sadio Mane telah memberi sebanyak 70 Euros sebulan kepada kepada semua orang di kawasan yang sangat miskin di Senegal agar dapat membantu ekonomi keluarga mereka.

“Saya tak perlu menunjukkan kereta mewah, villa mewah, melancong dan tak perlu sebut tentang kapal terbang. Saya lebih suka orang saya mendapat sedikit daripada apa yang saya telah perolehi dalam kehidupan saya,” katanya lagi.

Kredit: page Liverpool FC – Egypt

Baca juga: https://themalaysialife.com/10-juadah-popular-di-bazar-ramadan-bakal-naik-harga-tahun-ini/

COMMENTS