Kisah Tun Rahah,Tun Razak dan beg tangan mahal yang ramai tidak tahu

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Tun Toh Puan Rahah Mohd Noh Dalam Kenangan.

Semasa suaminya Almarhum Tun Razak Hussein meninggal dunia di tahun 1976, Saya menyambut jenazah di AirPort Subang dan kemudian sehingga pagi saya berada di Sri Taman.

2. Kini salepas 44 tahun kemudian kematian suaminya beliau mengikuti. Jika berdasar sakitnya tidak begitu kritikal sehingga menyebabkan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

3. Tetapi bagi seorang Isteri yang soleha yang suaminya meninggal dunia selalu merindui akan suaminya dan ada antaranya berdoa mahu mengikut jejak suaminya di alam baqa.

4. Entahlah.. dalan kesakitan yang dihadapi dia meminta kepada Allah untuk dia pergi. Semoga dapat bertemu dengan suami yang tersayang. Maka pergilah dia dalam usia 87 tahun.

5. Satu masa saya pernah pergi ke pejabat karib dan penyokong setianya Tun Razak Hussein bernama Tan Sri Macherl Chen seorang peguam dan juga bekas Menteri di pejabat firmanya di Bangunan Bangkok Bank. Yang saya kenal di tahun 70an juga.

6. Saya suka bertanya dengannya, dia pula suka bercerita. Antara cerita yang di ceritakan ialah kisah dia ikut sama pergi shoping di kedai berprestij di Oxford Street, London. Satelah habis urusan rasmi lawatan ke England.

7. Kata Micheal Chen., Tun Razak Hussein hanya window shoping sahaja.. dia hanya sekadar meneman isteri Toh Puan Rahah.

8. Dalam meninjau barangan di jual, sampailah keruang menjual beg tangan jenama. Maka sebagai perempuan Toh Puan Rahah memegang dan menggayakan satu beg tangan. Satelah di gayakan baru di tengok harganya. Dengan tiba2 Toh Puan Rahah meletakan beg itu. Dari wajah Toh Puan Rahah nampak macam berkenan dengan beg itu, tetapi di tegur oleh Tun Razak hanya berkata ‘mahal harga beg itu’.

9. Satu sikap Tun Razak Hussein dia tidak suka akan sesiapa membayar apa dia makan dan beli. Beliau akan membayarnya sendiri walau pun makan bersama kawan-kawannya. Akan di bayar semua walaupun dengan Menterinya atau pegawai-pegawainya.

10. Michael Chen meneruskan cerita. Saya meminta isteri saya pergi kedai itu semula salepas kami balik bersama Tun Razak ke hotel. Saya minta isteri saya pergi beli beg itu tetapi bukan warna yang digayakan oleh Toh Puan Rahah.

11. Saya tidak beri terus beg tangan itu kepada Toh Puan Rahah kerana saya tahu dia tidak akan terima kerana takut di marah oleh Tun Razak, saya bawa balik ke Kuala Lumpur sambung Micheal Chen lagi.

12. Saya sudah lupa ada satu majlis..Samada majlis ulang tahun perkahwinan Tun Razak atau hari jadi Toh Puan Rahah. Saya suruh isteri saya bungkus beg tangan itu dengan kertas biasa. Dan jadikan sebagai hadiah tanpa menulis apa-apa ucapan dan juga nama saya atau isteri saya.

13. Satelah beg tangan itu di sampaikan. Saya ada berjumpa dengan Toh Puan Rahah bila dia bersama Tun Razak Hussein dalam majlis rasmi, sepatah pun dia tidak cakap terima kasih dengan saya atau isteri. Saya merasa gembira kerana dia tidak tahu, beg yang dia minat melihatnya tetapi tidak dibenarkan dibeli oleh Tun Razak siapa pemberinya sehingga sekarang (masa dia bercerita dikawal tahun 2000)

14. Seperkara lagi kata Michael Chen..Sepanjang ingatan saya beg itu tidak pernah di pakai Toh Puan Rahah jika bersama Tun Razak Hussein. Hanya saya ada melihat dalam surat khabar gambar Toh Puan Rahah dengan beg tangan itu tanpa kehadiran Tun Razak Hussein.
Ini antara cerita yang di ceritakan oleh Micheal Chen akan kisah Toh Puan Rahah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri. Begitu akur dan setia sebagai seorang isteri kepada suami. Sesungguhnya Almarhum Toh Puan Rahah ada contoh Isteri Sakinah dan menjadi contoh teladan kepada isteri2 pembesar yang lain. – Al Fatihah.

Sang Kelembai
Disember 19,2020
Kuala Lumpur.