Kita bakal berpuasa dua kali setahun pada 2030. Lapan tahun lagi umat Islam di seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri sebanyak dua kali.
Berdasarkan kalendar Gregorian, kata seorang ahli astronomi Arab Saudi, Khaled al-Zaqaq. Bulan Ramadan pertama pada 2030, kata beliau, akan disambut sekitar 5 Januari iaitu pada 1451 Hijrah sementara sambutan bulan puasa kedua bagi tahun 1452 Hijrah pula dijangka jatuh pada 26 Disember 2030.
Menurut laporan laman web Al Arabiya, keadaan ini berlaku disebabkan oleh fakta bahawa kalendar Hijrah Islam adalah berdasarkan kepada kitaran bulan sementara kalendar Gregorian pula menandakan laluan bumi yang mengelilingi matahari.
Berikutan perbezaan antara dua kalendar tersebut bermakna Ramadan akan jatuh dua kali berdasarkan kepada kalendar tahun Gregorian.
Perubahan ini, kata Khaled, akan berlaku setiap 30 tahun dengan kali terakhir adalah pada 1997 manakala sebelum itu, puasa dua kali disambut pada 1965.
Sementara pada 2063, dijangkakan situasi yang sama akan berlaku lagi. Kalendar Gregorian mula digunakan pada tahun 1500-an.
Tidak seperti kalendar Gregorian yang mempunyai 365 hari setahun, calendar Hijrah hanya memiliki 354 atau 355 hari.
Ini juga membawa maksud Ramadan jatuh pada musim yang berbeza pada setiap tahun dan mengambil masa selama 32 tahun bagi melengkapan pusingan tersebut.
Baca Juga: Pemuda dapat pampasan RM3.1 juta selepas kemaluan terpotong semasa bersunat
Baca Juga: Heboh, wakil rakyat ‘kantoi’ tonton video lucah semasa sidang dewan