“Kita kena terima Johor hanyalah anak tiri kepada Malaysia” – TMJ

Kita kena terima iaitu kita adalah anak tiri kepada Malaysia, sama macam Sabah dan Sarawak.

Itu ungkapan terbaru dari DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) di media sosialnya sendiri selepas mengulas perlawanan antara JDT dan Terengganu semalam.

Baginda menulis :-

“First, Ref tak cukup bagus. Bukan game semalam sahaja, tetapi 70% of games dalam setiap pertandingan. Tetapi apa sahaja berkaitan JDT automatically akan diperbesarkan dalam setiap aspek. So nasihat saya kepada penyokong JDT jangan focus kepada “progress/kemajuan. benda ini bukan benda baru. Dari 2013 cerita tak habis.”

“Second, kepada bangsa Johor yang saya kasohi. Kita ni dibenci bukan sahaja dalam bola sepak tetapi setiap aspek. Contoh pentadbiran, politik, economy, dan lain-lain.”

“Kita kena terima iaitu kita adalah anak tiri kepada Malaysia, sama macam Sabah dan Sarawak.”

Apa komen anda?