Rakyat Malaysia diminta bersabar untuk melakukan aktiviti rentas negeri bagi menziarahi keluarga masing-masing.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya dalam peringkat akhir memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) rentas negeri sebelum dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Ada harapan (rentas negeri), cuma saya minta sabar sekejap,” katanya pada sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Jumaat.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/159347/BERITA/Nasional/Rentas-negeri-KJ-minta-rakyat-Malaysia-bersabar