KJ ‘menganjing’ PMX di konti radio, Hot FM wajib mohon maaf

Surat terbuka:

KJ tidak beradab ‘menganjingkan’ PMX di Stesen Radio

TAWARAN HARGA MINYAK TURUN TELAH DITOLAK

Tengahari dan mlm ini tadi dah dua org Editor Akhbar Harian send video ini kpd saya. Kerana kesibukan bekerja lepas Maghrib tadi baru saya sempat menontonnya. Keduanya Editor ini kata, KJ sudah melampau.

Selepas menonton video pendek ini… komen saya KJ tidak beradab kerana ‘menganjingkan’ pemimpin negara. Lebih teruk ia dibuat di Stesen Radio secara live. Malah turut diketawakan beramai ramai DJ di konti tersebut.

Stesen Hot FM pula boleh membiarkan perkara ini berlaku. Jika zaman Tun dahulu pastinya Radio Hot FM dipanggil dan minta utk tamatkan kontrak KJ di stesen radio tersebut. Walaupun tidak disebut nama tetapi semua org tahu maksud dan kpd siapa sindirannya itu.

Beginilah, tentang harga minyak “ Hari ini kita menang esok turun harga minyak” itu ucapan Anwar Ibrahim 16 tahun dahulu pada tahun 2008 dan PMX tidak menafikannya.

Adakah Anwar memungkiri janji ? Tidak dan sebenarnya org Melayu ketika itulah yg menolak tawaran tersebut apabila tidak memenangkan Pakatan Rakyat ketika itu. Jika menang waktu itu pastinya janji itu dikota.

Anologinya mudah… Pasangan bercinta… Lelaki ini berjanji dgn kekasih utk berkahwin pada 2008 tetapi pinangannya ditolak dgn alasan tidak bersedia. Selepas 16 tahun lelaki itu berkahwin dgn wanita lain kerana begitu lama menunggu kekasihnya.

Tiba2 wanita ini mengungkit, “Dulu janji nak kahwin dgn saya tapi abang mungkir janji”?

Adakah lojik atau berakal wanita itu mengungkit janji kekasihnya itu??? Tentulah tidak kerana janji itu berlaku 2008 dan ketika masuk meminang ditolak sehingga 16 tahun lamanya.

KJ bukan budak bodoh. Dia berpelajaran tinggi maklumkan belajar di Uni Oxford. Dia pun faham harga minyak ketika itu di Arab Saudi sekitar 50 sen manakala kita RM1.80.

Sekarang kos sudah bertambah RM2.05 di Arab Saudi dan kita RM2.95. KJ jgn la tumpang sekapal dgn Lebai utk memperbodohkan para walaun. Bila bangsa kita nak cerdik kalau org pandai kerja membodohkan masyarakat.

Tak cukup di Podcast ‘Keluar Sekejap’ dia memainkan isu ini, di radio Hot Fm pun dia nak memainkan isu lapuk ini. Org pandai patutnya bukan utk membodohkan pendengar tetapi memandaikan.

Kpd Hot FM sila delete video ini sebelum ada gerakan memboikot siaran radio anda. Sebagai penyiaran Radio Hot FM bertanggungjawab atas apa yg disiarkan.

Memburukkan pemimpin negara sendiri adalah keterlaluan sdgkan PMX ke sana sini utk pulihkan ekonomi negara.

Jika KJ kutuk PMX di wall personal atau di pentas politik kita faham sebagai politician tetapi menggunakan platform radio dan Hot FM membenarkan ia tidak bertanggungjawab.

  • Norman Radzuan, penulis merupakan pemerhati politik Malaysia