KJ putuskan kanak-kanak umur 5 hingga 11 tahun layak divaksin

  • Post author:
  • Post comments:0 Comments

Kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun kini layak mendapatkan vaksin Covid-19 jenis Pfizer.

Dipetik dari Malaysiagazzete, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-368 yang telah bersidang pada hari ini.

“Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Tambah beliau, sehingga kini sebanyak 30 peratus golongan dewasa dalam negara telah menerima dos penggalak dan 52 peratus golongan warga emas telah menerima doa yang sama.

“Kita akan terus minta mereka yang sudah dapat tarikh temu janji atau daftarkan dengan klinik swasta untuk dapatkan vaksinasi penggalak,” tambahnya.