KK Mart buat hal lagi! ‘Selamba’ campur minuman keras dengan air biasa

Sebuah kedai serbaneka KK Supermart & Superstore (KK Supermart) cawangan Jementah telah diarah untuk ditutup serta-merta oleh Majlis Perbandaran Segamat (MPS) setelah dikesan tidak memisahkan minuman keras dan minuman biasa di premis tersebut semalam.

MPS dalam satu kenyataan menyatakan bahawa operasi penutupan cawangan tersebut dilakukan susulan pemeriksaan yang telah dijalankan bersama-sama oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Agama Islam Segamat, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Pemeriksaan lanjut menemukan minuman keras yang disorok dalam premis tanpa lesen sah daripada MPS sebelum 196 botol minuman keras disita selaras peruntukan Undang-Undang Kecil 50 (1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDS) 2017.

Baca Artikel Penuh