KKM sahkan ada kematian melibatkan penularan Covid-19 di Parlimen

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat satu kes kematian akibat COVID-19 membabitkan pesakit yang dijangkiti dalam bangunan Parlimen.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadi kematian pertama membabitkan individu yang menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

“Kes kematian yang dinyatakan ini membabitkan pegawai tinggi kerajaan yang mempunyai sejarah hadir ke Parlimen 26 hingga 29 Julai lalu. Ujian saringan pra Dewan Rakyat yang dijalankan keatasnya pada 23 Julai dan saringan menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 pada 29 Julai lalu adalah negatif.

“Beliau kemudiannya menunjukkan gejala pada 31 Julai dan positif ujian Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) dengan nilai kitaran ambang 14.88.

“Keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke hospital pada 4 Ogos lalu untuk rawatan lanjut. Namun keadaannya amat kritikal dan meninggal dunia semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/849646/satu-kes-kematian-akibat-jangkitan-di-parlimen