Nampaknya Kuala Lumpur sekali lagi menjadi kebanggaan negara apabila diisytihar sebagai destinasi ke 3 paling popular yang diminati pelancong luar negara.
Data itu dikeluarkan platform percutian digital, Agoda yang telah mengumumkan senarai destinasi paling popular buat masa kini yang melibatkan perjalanan antarabangsa.
Selain Kuala Lumpur, dua lagi negeri yang tersenarai sebagai tempat diminati pelancong pada musim panas ialah Pulau Pinang di tempat ke-10 dan Johor Bahru di tempat ke-14.
Selain itu, Agoda turut mengumumkan senarai lokasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti, di mana Kuala Lumpur menjadi destinasi percutian domestik paling popular.
Ia diikuti dengan Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.
Data tempahan Agoda menunjukkan bahawa warga Malaysia juga bersemangat untuk mengunjungi semula negara-negara jiran yang telah lama menjadi kegemaran mereka seperti Thailand, Singapura, Indonesia dan Vietnam, yang menuntut semula tempatnya sebagai lima destinasi percutian teratas bagi percutian musim panas.
Dalam senarai tersebut, Bangkok Thailand menguguli tempat pertama bagi perjalanan musim panas 2022.
Berikut kami sertakan senarai mudah destinasi global yang diminati pelancong luar negara.
1. Bangkok
2. Pulau Jeju
3. Kuala Lumpur
4. Tokyo
5. Seoul
6. Singapura
7. Bali
8. Pattaya
9. Manila
10. Pulau Pinang
11. Hong Kong
12. Busan
13. Osaka, Jepun
14. Johor Bahru, Malaysia
15. Taichung, Taiwan
Baca juga:
Hutang RM2,451 je, lepas kena tampar dengan durian terus naik RM85,817
Baca juga:
Niat mahu mengisi perut kosong, tiga sahabat maut dirempuh kereta