KL jadi tempat ke-10 terbaik di dunia, boleh ‘healing’ di Menara 118, KLCC dan Menara The Exchange 106

Kuala Lumpur (KL) menjadi tempat ke-10 terbaik di dunia, boleh healing di Menara 118, KLCC dan Menara The Exchange 106.

Bercuti dalam negara sendiri tidak kiralah tempatnya di mana, yang penting anda menikmati percutian anda itu.

Bukan rakyat Malaysia saja yang pergi ke Kuala Lumpur tau! Ia juga merupakan tempat yang digemari oleh pelancong luar negara.

Baru-baru ini Kuala Lumpur telah mendapat tempat ke-10 dari 25 tempat dalam Traveller’s Choice Award Best of the Best. Sekali gus, Kuala Lumpur menjadi antara tempat pelancongan terbaik di dunia!

Seperti yang anda tahu, Kuala Lumpur mempunyai bangunan pencakar langit yang ikonik iaitu Menara Berkembar Petronas yang merupakan bangunan berkembar tertinggi di dunia. Bangunan ini mempunyai ketinggian setinggi 451.9 meter.

Selain daripada Menara Berkembar Petronas yang juga dikenali sebagai Menara KLCC, terdapat juga bangunan pencakar langit yang lain yang meraih tumpuan dunia.

Antara bangunan tersebut adalah Menara Kuala Lumpur, Menara The Exchange 106 dan Menara Merdeka 118.

Merdeka 118 sebelum ini dinamakan sebagai Menara Warisan Merdeka. Menara ini telah mendapat tempat kedua dalam bangunan tertinggi di dunia!

Tidak hairanlah kenapa Kuala Lumpur boleh mendapat tempat 10 teratas dalam lokasi pelancongan terbaik di dunia. Rasanya, makanan-makanan yang lazat di situ juga boleh menyumbang kepada kejayaan ini, kan?

Selain daripada Kuala Lumpur, terdapat juga tempat pelancongan lain yang turut disenaraikan dalam anugerah tersebut.

Dalam senarai yang dikeluarkan oleh Tripadvisor, tempat pertama bagi kawasan pelancongan pilihan pelancong adalah Tokyo, Jepun. Ia diikuti pula dengan Seoul di Korea dengan tempat kedua dan juga Halong Bay, Vietnam di tempat ketiga.

Seterusnya pula, tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing diambil oleh Pulau Palawan di Filipina, Sa Pa di Vietnam dan Bogota di Colombia.

Baca juga: Berani betul warga asing ceroboh rumah, buat macam rumah sendiri siap tarik air rumah jiran