Klip aksi panas berahi dalam filem Melayu terbaru ‘bocor’, tak sangka ini pelakonnya

Klip aksi panas berahi dalam filem Melayu terbaru ‘bocor’ akibat daripada perbuatan sabotaj yang dikaitkan dengan seseorang yang tidak bertanggungjawab.

Penularan sedutan adegan seks sebuah filem tempatan yang dimuat naik di laman Youtube, Donthaveaname yang berdurasi 1 minit 24 saat.

Video tersebut itu dipercayai merupakan sebahagian babak dalam filem Mar Rak arahan pengarah, Datuk T.S Jeffry, 54.

Video itu turut dimuat naik di beberapa platform media sosial lain termasuk Instagram dan Tik Tok.

T.SJeffry ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini tidak menolak penularan video berkenaan dikaitkan dengan sebarang usaha pihak tidak bertanggungjawab yang merancang untuk mensabotaj filem tersebut.

“Perkara ini akan disiasat, saya tak tahu menahu tentang penularan babak berkenaan di media sosial.

“Kami akan ambil tindakan kalau perkara ini menjejaskan tayangan.

“Filem ini memenuhi garis panduan Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan mendapat kelulusan tayangan. Jadi saya tak menolak ada unsur sabotaj di sini,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon meningkat naik, Michael Lean Chien Er, 34, yang dipercayai terlibat dalam menjayakan babak berkenaan ketika dihubungi menerusi pesanan WhatsApp enggan mengulas panjang berkaitan penularan video tersebut.

“Pihak produksi akan menyiasat perkara ini. Sebagai pelakon, kami diminta untuk tidak mengulas panjang agar tidak menggangu proses siasatan,” jawabnya.

Baca juga: Baru kahwin dah kena cerai dengan suami pengarah filem terkenal, netizen petik nama Ira Kazar