KM Pulau Pinang rayu kerajaan masukkan negerinya ke fasa 2 pemulihan

Ketua menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, negeri itu dijangka mencapai 10% kadar imunisasi pada Isnin.

Beliau dalam kenyataan berkata 9.9% daripada populasi dewasa di Pulau Pinang telah menerima dua dos vaksin sehingga semalam.

“Dengan tercapainya tiga nilai ambang ini, kita berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mempertimbangkan untuk negeri ini beralih ke Fasa 2 Rancangan Pemulihan Negara dalam tempoh masa terdekat,” tambah Chow.

Semalam, kerajaan pusat mengumumkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis akan memasuki Fasa 2 Rancangan Pemulihan Negara esok.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/07/04/dijangka-capai-10-kadar-imunisasi-p-pinang-minta-beralih-ke-fasa-2/