Koma 3 hari selepas kemalangan, lelaki ini kongsi pengalaman kena kacau hantu masa koma

Terlibat dalam kemalangan dan koma adalah satu perkara yang tidak mahu dialami oleh sesiapa pun tetapi, apakan daya jika Allah berkehendak ianya terjadi maka akan terjadi juga.

Seorang pengguna TikTok @naszshaie telah berkongsi pengalaman seram diganggu ketika koma akibat kemalangan jalan raya. Menurutnya, ketika koma ada ketikanya dia dalam keadaan separa sedar.

Sewaktu gangguan itu berlaku, dia mendakwa badannya tidak dapat bergerak dan hanya dapat mengawal mata sahaja. Nak bercakap pun terasa berat.

Beliau yang ketika itu sedang berbaring hanya dapat melihat siling dan lampu. Dalam keadaan badan yang sedang lemah itu, beliau tiba-tiba terjaga dan ternampak sesuatu yang menyeramkan di siling.

“Aku nampak muka besar. Yang jelas muka je. Badan macam kabur,”

“Muka tu tengok aku dengan wajah yang garang, slow-slow turun dari siling. Makin lama makin rapat ke muka aku.”

Beliau juga mendakwa muka yang dilihat itu hadir dengan berbagai jenis dan sukar untuk digambarkan.

“Aku tak pernah tengok lidah orang sepanjang itu. Rambut panjang macam mop lantai. Bau hanyir semua cukup aku boleh hidu masa tu. Muka tu makin lama makin rapat macam orang nak cium mulut,”

“Lepastu aku rasa suam-suam je dekat muka aku. Mungkin air liur dia la kot,” ujarnya.

Dia yang tidak dapat membuka mulut hanya diam kaku di katil sewaktu kejadian. Menurutnya, pelbagai jenis rupa menjelma di depan matanya malam itu dan semuanya sangat menyeramkan.

Dia juga tidak mampu membaca sebarang ayat-ayat suci kerana terkejut dengan apa yang dilihatnya. Sehingga kini dia tidak menemui jawapan sebenar apa yang mengganggunya waktu itu.

Akhirnya, dia berjaya membuka mulut untuk memanggil jururawat dan bertanyakan apa yang dilihatnya itu namun, jururawat tidak melihat apa-apa disitu.

Akibat kemalangan itu, dia kini disahkan lumpuh separuh badan dan masih menerima rawatan.

Sumber: TikTok @naszshaie

Baca juga: Semakin banyak garis kedut di muka, Mike Tyson percaya ‘waktunya’ bakal tiba