Kompenen PH guna logo parti masing-masing dalam PRN Sarawak

Kompenen PH guna logo parti masing-masing dalam PRN Sarawak

Parti dalam komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak akan menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya negeri ke-12, 18 Dis ini.

Pengerusi PH Sarawak, Chong Chieng Jen, berkata DAP akan menggunakan logo roket manakala PKR dan Amanah akan menggunakan logo parti masing-masing.

Chong yang juga penyandang DUN Kota Sentosa berkata, PH Sarawak akan mematuhi perjanjian awal di mana PKR Sarawak akan bertanding di 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (26) manakala Amanah sembilan kerusi.

Beliau berkata, persetujuan mengenai pembahagian kerusi antara parti PH Sarawak untuk PRN kali ini masih kekal walaupun berlaku perubahan kepimpinan dalam PKR Sarawak, menurut laporan Borneo Post.

Kerusi diperuntukkan kepada PKR ialah Opar, Tanjung Dato, Pantai Damai, Tupong, Satok, Batu Lintang, Asajaya, Serembu, Tarat, Tebedu, Sadong Jaya, Simunjan, Lingga, Beting Maro, Balai Ringin, Bukit Begunan, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Layar.

Selain itu, Bukit Saban, Kalaka, Krian, Daro, Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Nangka, Dalat, Tellian, Balingian, Tamin, Kakus, Katibas, Belaga, Murum, Jepak, Bekenu, Lambir, Marudi, Telang Usan, Mulu, Bukit Kota, Batu Danau, Ba’kelalan dan Bukit Sari.

DAP pula Tasik Biru, Padungan, Pending, Kota Sentosa, Batu Kitang, Batu Kawah, Stakan, Mambong, Kedup, Bukit Semuja, Simanggang, Repok, Meradong, Bukit Assek, Dudong, Bawang Assan, Pelawan, Pelagus, Bukit Goram, Baleh, Tanjong Batu, Kemena, Samalaju, Piasau, Pujut dan Senadin.

Manakala Amanah bertanding di Demak Laut, Samariang, Muara Tuang, Gedong, Sebuyau, Kabong, Kuala Rajang, Semop dan Jemoreng.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal 14 Dis.

sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/11/25/ph-guna-logo-parti-masing-masing-pada-prn-sarawak/

COMMENTS