Ibu adik Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf yang menceritakan kronologi awal kehilangan kanak-kanak terbabit.
Bagaimanapun dalam rakaman yang berdurasi 1 minit itu dipercayai ibu mangsa memberitahu anak lelakinya itu hilang pada Selasa ketika dalam perjalanan ke rumah selepas pulang dari sekolah.
“Dia mengamuk nak main taman,”kata ibunya.
Sampai je dekat rumah dia ajak main taman. Taman depan rumah je, dia meng4muk nak main taman. Tak nak naik rumah.
Tambah wanita berusia 28 tahun itu lagi, disebabkan itu, dia telah membawa Zayn bermain taman sekitar 10 minit sebelum mereka akhirnya pulang ke rumah.
Kemudian saya ajak balik rumah, masa nak naik tangga rumah tu, dia macam nak tak nak ikut. Sebab dia macam nak mengamuk, nak meragam. Saya tak pedulikan lah, saya tak pegang dia sebab pegang barang.
Tapi dia betul-betul ada belakang saya waktu tu. Lepas tu, saya naik beberapa langkah, saya pusing belakang panggil nama dia. Tengok dia tak ada, senyap.
Ismanira akui langsung tidak menyedari bila Zayn melarikan diri memandangkan dia tidak mendengar sebarang bunyi tapak kasut.
Memang saya tak perasan langsung bila dia lari, sebab tak ada bunyi suara langsung. Bunyi kasut pun tak ada. Dia terus lari macam tu je. Memang saya dah mencari belakang rumah, semak semua tak ada. Pelik lah, sekelip mata..berdesup hilang macam tu je.
Terdahulu, Zayn dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat memasuki kawasan belukar berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.
Zayn kemudiannya ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa berhampiran anak sungai dan terbaharu, polis mengesahkan punca kem4tian mangsa adalah akibat dibunuh.
Baca juga: Nak adakan majlis perkahwinan tapi takut muflis, wanita ini minta RM16,000 setiap orang yang hadir