“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama”, kenyataan Sanusi dikecam

Kenyataan pemuda yang bernama fdaus ahmad ini viral di media sosial selepas MB Kedah Sanusi buat kenyataan tidak sensitif kepada mangsa COvid-19. ini tulisanya : –

“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama”
-MB Kedah, 6 Ogos 2021-

Bukan sebab dia PAS, UMNO, Bersatu, DAP, Amanah atau PKR.

Tapi sebab dia Menteri Besar dan dia tunjuk bangang buat lawak tak ada common sense.

Kematian sebab Covid (atau sebab apa pun) bukanlah benda yang boleh dibuat bergurau. Lebih kurang 10,000 dah jenazah kita kebumikan akibat Covid.

10,000 keluarga sedang ditimpa kesusahan dan kesedihan.

Ada antara mereka yang 6 sekeluarga/saudara mara hilang sekelip mata.
Ada anak anak kecil ditinggalkan yatim piatu.
Ada anak kecil belum putus susu sudah kehilangan ibu.
Ada anak anak kecil hilang ayah tempat bermanja mengadu.

Kematian terlalu perit untuk ditanggung sebuah keluarga.

Bukan perkara boleh dibuat bergurau senda depan ramai pemberita.

Kau tak pakai otak sebelum bercakap ke Sanusi?
Bodoh!

Eloknya sumbat kau masuk kontena tu dulu.

sumber :

COMMENTS