Kontraktor kantin MRSM Taiping rupanya isteri kepada VVIP?

4 hari yang lepas kecoh video Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membuat penggilan mengejut kepada kontraktor kantin MRSM Taiping. Difahamkan murid sekolah itu terkena keracunan makanan.

Nama Puan Mira yang disebut Asyraf dalam video tersebut menjadi tular di media sosial yang membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapa disebalik wanita yang bernama Mira ini.

Dalam perbualan itu, Puan Mira dilihat tidak profesional dan memberikan jawapan sombong serta sinis, mencetuskan kecaman netizen.

Melalui pendedahan seorang pengguna Facebook dengan nama Azrul Abu Hassan, dia mendakwa bahawa nama penuh Puan Mira adalah Datin Nurul Amira binti Ahmad Yunan.

Menurut pendedahan Azrul juga, dia mendakwa bahawa ‘Puan Mira’ tersebut adalah isteri kepada Panglima 1 Divisyen dari Kluang, Johor.

Namun, asal-usul dan latar belakangnya tidak begitu diketahui ramai.

“Ramai yang tertanya-tanya siapakah Si Mira yang duduk di Sarawak ini. Hari ini barulah kita tahu dia merupakan isteri kepada Panglima 1 Divisyen yang berasal dari Kluang, Johor. Setakat ini tidak pasti Mira ini berasal dari mana,” kata Azrul.

Apa yang pasti, sikapnya yang angkuh dan percakapannya yang kasar mengundang kemarahan orang ramai, terutama ibu bapa pelajar yang bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka di MRSM.

Tindakannya bukan hanya mengecewakan, tetapi turut memberi persepsi buruk terhadap pengusaha kantin yang dilihat mengambil kesempatan berdasarkan hubungan mereka dengan VIP dan VVIP.

“Kepada isteri VIP dan VVIP, jagalah maruah suami kamu. Cantik dan lentik macam mana pun kamu akan jadi buruk juga jika mulut puaka. Siap nak ugut kata perbualan direkodkan, nampak sangat tahap kesombongan dah melepasi penyakit istidraj, ujub dan takabbur,” ujar Azrul.

Ramai berharap agar isu ini membuka mata pihak berkuasa untuk lebih telus dalam memberikan kontrak kepada pengusaha kantin, dan “open tender” sepatutnya menjadi standard, bukan mengutamakan hubungan peribadi dengan orang berpengaruh.

“Rakyat berharap perusahaan kantin ini tidak lagi diberikan kepada kroni atau isteri VIP atau VVIP dan sepatutnya berikanlah secara open tender dan kepada mereka yang selayaknya daripada segi professional.

“Kalau janji nak prepare ikan tenggiri, tak boleh salahkan ikan naik harga dan ganti dengan ikan sardin. Bila dah letak sebut harga dulu, sepatutnya dah termasuk “contingency loading” untuk hal-hal di luar kawalan peniaga seperti kenaikan harga barang mentah,” tambah Azrul.

Baca: Lelaki batal saman selepas terima ayam bakar sebagai pampasan