Kreatif dan ‘rare’! Wanita ini kongsi resepi turun temurun karipap bentuk padi buat netizen kagum

Karipap merupakan sejenis pastri yang sering menjadi juadah sarapan, minum pagi dan minum petang. Pastri ini memiliki dua bahagian yang lazat iaitu, bahagian pastri yang rangup dan bahagian inti yang berperisa.

Karipap yang paling popular di Malaysia semestinya karipap sardin dan karipap kentang. Berbeza pula dengan karipap yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Aliaa Hamdan sudah pasti akan membuatkan anda terkesima.

Jauh daripada apa yang kita bayangkan, karipap yang dihasilkan oleh Alia langsung tak sama dari segi rupa dan saiznya dengan karipap-karipa yang lain.

Boleh dikatakan, bentuknya agak mirip dengan hidangan Beef Wellington, yang biasanya disajikan di restoran-restoran mewah.

Difahamkan, menerusi video itu Alia sebenarnya sedang menyiapkan karipap pokok padi. Ia merupakan resepi turun termurun keluarga mereka.

Biasanya, karipap padi ini dijadikan sebagai hantaran, disebabkan rupanya yang memukau dan cara pembuatannya yang agak rumit.

Dalam video tersebut, pak ciknya dilihat sedang membentuk butiran biji-biji padi pada karipap berkenaan dengan menggunakan gunting.

Selepas selesai membentuk biji-biji padi, seluruh permukaan karipap akan disapukan dengan kuning telur dan dibakar.

Hasil akhirnya, karipap tersebut akan kelihatan seperti pokok padi yang telah masak kuning keemasan di sawah.

Menurut Aliaa, bagi sesiapa yang ingin menjamahnya, anda perlu memotongnya seperti biasa. Hal ini disebabkan, inti karipap boleh didapati dari bahagian bunga sampai ke batang.

Baca juga: Amar Asyraf ceraikan bini kedua dengan talak tiga