Krisis ekonomi semakin teruk, Doktor pilih untuk berbasikal ke tempat kerja

  • Post author:

Krisis ekonomi semakin teruk, Doktor pilih untuk berbasikal ke tempat kerja. Krisis yang semakin teruk sejak dua minggu lalu di Sri Lanka menyebabkan, seorang doktor, Thusitha Kahaduwa, terpaksa meletakkan keretanya di garaj.

Beliau kini hanya menggunakan basikal untuk bertemu pesakitnya setiap hari di bandar ini lapor Harian Metro.

Lelaki berusia 41 tahun itu adalah antara ribuan rakyat Sri Lanka yang kebanyakannya profesional kelas pertengahan kini beralih kepada pengangkutan dua roda dalam aktiviti seharian.

Terperangkap dalam krisis ekonomi terburuk sejak 1948

Mereka kini berbasikal ke tempat kerja, membeli barang runcit selepas negara itu terperangkap dalam krisis ekonomi terburuk sejak merdeka pada 1948.

“Keadaan ini menyebabkan orang ramai beratur dua hingga tiga jam untuk membeli bekalan petrol di stesen minyak.

“Saya juga sebelum ini terpaksa beratur selama tiga hari untuk membeli petrol. Kini, saya membeli basikal,” katanya.

Rizab mata wang Sri Lanka hampir sifar, sekolah juga ditutup

Rizab mata wang Sri Lanka menghampiri sifar, bermakna import baja, makanan dan ubat untuk 22 juta penduduknya juga semakin perlahan.

Tiada penghantaran baharu minyak tiba di negara itu, sejak kira-kira dua minggu lalu, dan kerajaan juga sudah menutup sekolah.

Baca Juga Menipu lebih RM58,000, bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah

Baca Juga: Pemergian penulis prolifik Ahmad Lutfi Othman satu kehilangan besar buat negara