Kru sempat lapor kecemasan sebelum terputus hubungan

Kru sempat lapor kecemasan sebelum terputus hubungan berhubung insiden pesawat ringan jenis Piper-28 yang terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah serta meragut satu nyawa,

Syarikat Penerbangan Bats Aviation Sdn. Bhd. (Bats Aviation) dalam satu kenyataan hari ini melaporkan, enjin pesawat ringan berkenaan dihidupkan pada pukul 7.50 malam sebelum berlepas dari landasan empat 10 minit kemudian.

Bats Aviation juga mengesahkan dua individu yang terlibat dalam kejadian berkenaan merupakan jurulatih penerbangan syarikat berkenaan lapor Kosmo.

“Seorang juruterbang maut manakala seorang lagi berada di dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” katanya.

Menurut Bats Aviation insiden tersebut telah dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan polis.

“Punca nahas akan disiasat oleh pihak berkuasa terlibat dan Bats Aviation akan memaklumkan perkembangan terkini kepada pihak media,” katanya.

Baca Juga: Pesawat ringan terhempas, seorang maut dan seorang tercedera

Baca Juga: Pemergian Fajim Juffa sama seperti arwah bapanya, pernah terbabit dalam nahas pesawat pada 1989 hingga terkorban