Seorang wanita tampil memberi penjelasan ekoran tular videonya melangkah kubur.
Katanya itu kubur ‘fake’ (palsu) sambil menegaskan dia kononnya masih waras untuk tidak
“Jangan risau guys, tiada orang dalam tu. Kami pun tak gila lagi untuk langkah kubur orang,” katanya menerusi akaun TikTok keknanjudge.
Walau bagaimapun, rata-rata orang meluahkan rasa marah terhadap perlakuan biadab dan berbuat biadab di tanah perkuburan.
“Kubur ‘fake’ pun dalam kawasan perkuburan.
“Jangan buat sesuatu kalau ia mendatangkan fitnah kepada diri sendiri.
“Harap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran,” demikian antara kimen netizen.
Sebelum itu, heboh di media sosial tindakan biadab dua wanita melangkah kubur di sebuah tanah perkuburan yang tidak dinyatakan lokasinya.
Rakaman video berdurasi 37 saat itu mulanya dimuatnaik di akaun TikTok miliknya sebelum video sama turut dikongsikan di Facebook (FB) oleh pengguna lain.
Menerusi paparan itu, seorang wanita yang merakam video itu memberitahu rakannya mengenai dakwaan jika melangkah kubur, individu yang sudah meninggal dunia itu akan datang mencari orang yang berbuat demikian.
Rakannya kemudian bertanya mengenai dakwaan tersebut sebelum wanita yang merakam video itu memberitahu rakan perempuannya pasti akan marah jika kuburnya dilakukan perbuatan seperti itu.
“Kalau kau pun takkan kau tak marah orang langkah kubur kau,” katanya dalam video tular itu seolah-olah terkejut apabila melihat rakannya itu melangkah kubur tersebut.
Wanita berkenaan turut mengulangi perbuatan sama sekali lagi sebelum meminta rakannya itu juga melakukan tindakan sama biarpun pada mulanya individu berkenaan enggan melakukannya.
Bagaimanapun, rakannya itu turut melakukan perbuatan sama sebelum kedengaran berbual seolah-olah bimbang jika pemilik kubur berkenaan mencari mereka.
Ekoran menjadi kecaman orang ramai, video tersebut tiada di akaunnya dan dipercayai sudah dipadam.
BACA JUGA Padah penulis biadab dan jahil Perlembagaan, polis siasat Andrew Sia tuduh UiTM amal ‘apartheid