Apabila telah meninggalnya seorang ibu, maka hilanglah doa-doanya dan yang tinggal hanyalah menanti doa anak anak yang ditinggalkan di alam dunia.
Kasih sayang ibu tiada bandingnya maka kerana itulah ibu adalah kunci syurga namun itu tidak menjadikan ayah kurang penting.
Wanita ini menceritakan kisah ayahnya yang terlalu cepat mencari pengganti dan menggunakan duit faraid ibunya dalam menampung kehidupannya bersama isteri baharu.
Hai. Straight to the point. Aku anak ketiga dari lima orang adik beradik. 4 orang dah berkahwin, tinggal si bongsu belum lagi sebab baru habis sekolah. Baru kehilangan emak 2 tahun lepas akibat kovit, masih ada ayah tapi ibarat tiada dan ayah baru setahun kahwin baru. Jadinya kami ada mak tiri.
Dari awal mak aku meninggal, ayah aku tak kerja. Alasan risaukan adik – adik aku dekat rumah, masa tu adik no 4 tak kahwin lagi (perempuan) dan yang bongsu (lelaki) masih sekolah menengah. Alasannya macam tu lah, semangat hilang, risaukan anak – anak dekat rumah.
Tapi kebanyakan masa, dia akan pergi perjumpaan group berhari – hari tak balik (group cari jodoh). Jujurnya kami tak pernah kesah ayah nak kahwin dengan siapa, sebab tahu mesti dia sunyi walaupun baru 2-3 bulan arw4h mak meninggal, kubvr pun merah lagi.
Panjang, tapi aku cuba pendekkan. Dia akan selalu membebel segala kesalahan adik – adik aku pada aku. Tapi dia sendiri tak tegur depan – depan. Dan ayah masih tak kerja. Tapi asyik perjumpaan sana, perjumpaan sini.
Tuptup surat lelong rumah (6 bulan tertunggak) pun sampai. Dia minta tolong adik aku yang perempuan untuk bayarkan dulu, kiranya dia pinjam duit adik aku (5k). Adik aku bagi, sebab kami memang sayangkan rumah tu sebab banyak kenangan.
Lepastu ayah aku kata, hujung bulan dia akan bayar, sebabnya masatu kwsp dia dah boleh keluarkan sepenuhnya. Ohh lupa, mak aku meninggal umur 55 tahun, jadinya kwsp mak aku pun boleh keluarkan separuh. Mak aku keluarkan sikit je sebab lebih tu dia simpan nak bawak pergi umrah katanya.
Tapi tak sempat sebab dia dah takde. Jadi balance dalam kwsp ada dalam 10k. Masa ayah aku dah bayar duit dekat adik aku tu, bermakna kwsp dia pun dah keluarlah. Lepastu aku tanya, “kwsp mama bila boleh keluar yah? Sebab untuk adik tu kena simpankan sikit sebab adik nak sambung belajar nanti”.
Ayah aku cakap, “mana ada dah. Dah habis buat bayar hutang”. Maknanya ayah dah keluarkan kwsp mama dan habiskan tanpa pengetahuan kami semua. Sampailah dia pun berkahwin dengan mak tiri. Kami 5 beradik siap datang meraikan pernikahan dia.
Mak tiri ada anak 3 orang, tapi tiga-tiga tak tunjuk muka langsung masa hari pernikahan. Selang sebulan mereka menikah, ayah kata nak buat kenduri sikit supaya orang tahu dia dah menikah. Kami sebagai anak iyakan aje.
Janji ayah bahagia. Dia order katering untuk 200 pax, tambah dia masak lagi, siap dengan kad kahwin bagai. Lepastu siap minta akak aku buatkan pelamin. Hari kejadian, aku datang la. Terk3jut aku sed4ra mara tanya “betul ke adik awak nak tunang?”.
Aku terus tanya adik aku, adik aku kata, “mana ada… kan dah setuju takyah tunang, nak nikah terus. Makcik (mak tiri) tu yang mandai – mandai cakap orang nak tunang”. Dan di hari kejadian jugak, dia beria – ria minta jumpa bakal mertua adik aku, kau tahu dia cakap apa, “saya nak sekarang akak pegi beli cincin, bawak datang sini dan tunangkan diorang berdua”.
Aku naik hangin ler ape lagi. Dia orang baru, baru sebulan jadi mak tiri, kenapa dia beria nak aturkan itu ini sedangkan urusan adik aku tu aku dengan akak aku dah uruskan dari awal. Dah bagitahu ayah dah pun. Tapi mase tu ayah aku diam je tengok aku berangin dengan bini dia.
Start dari tu, mak tiri asyik cari pasal dengan adik – adik aku. Sampai adik aku dah kahwin pun cari pasal. Majlis adik aku tak habis lagi, dia dah ajak ayah aku balik. Kami mulanya layan dia elok je, tapi sebab mulut dia suka memburukkan dan membawang hal anak beranak kami dengan jiran – jiran (aku dengar sendiri), memang masing – masing layan seperti angin yang berlalu je.
Oh ye, ayah aku jarang sekali bagi duit dekat adik aku lagi – lagi yang masih sekolah tu. Aku, akak aku dan pakcik aku yang akan hulur sikit – sikit dekat dia untuk beli apa patut. Tuang minyak moto, beli baju, kami semua tanggung.
Ayah? Kalau bagi pun RM20 macamtu. Agaknya duit dah habis, dia start buat wiring. Masa awal mama meninggal ayah minta gelang tangan mama. Ayah kata nak simpan untuk guna kot – kot adik nak belajar nanti takde duit ke.
Rupanya, diam – diam ayah pajakkan gelang tu dan buat badal haji untuk mama. Lepastu dia minta tolong pakcik aku pulak untuk t3buskan. Lepas dari tu, senyap pasal gelang. Itu gelang kesayangan arw4h, mama dulu hari – hari pakai. Dan mulut ayah kekal “takda duit” itu je disebut bila jumpa.
Kitorang jadi tertanya-tanya, mana pergi duit kwsp dia? Mana pergi kwsp mama? Takkan 10k habis bayar hutang? Tapi bank – bank segala masih cari jugak, ayah masih tertunggak hutang sana sini jugak. Sampailah harini, adik aku nak sambung belajar, tapi duit takda.
Aku cakap “takpe, belajar je, mama dulu ade tinggalkan duit dekat akak ni”. Tapi sebenarnya aku tipu. Takda duit apa – apa pun. Tapi sebab aku kenangkan amanah mama pada aku, aku nekad nak hantar adik aku belajar. Dari dia duduk rumah, mak tiri asyik tuduh dia amik d4dah, dia m4buk, dia kikis duit ayah, baik dia pergi belajar.
Makan, tempat tinggal semua ada. Kawan – kawan pun ada jadinya dia tak sunyi dan bosan. So haritu aku amik cuti, aku hantar pajak gelang tangan untuk beli barang – barang adik aku. Masa tu baru aku tahu, selama ni dia cuma ada 3 seluar jeans, 4 helai tshirt yang betul ngam dengan badan dia, seluar tracksuit takde, calculator takde, tali pinggang pun n4zak.
Aku macam termenung, patutlah dia asyik ponteng masa sekolah dulu. Seluar tracksuit pun takda, calculator takda.. macam mana nak belajar? Dan aku tertanya lagi, kalau iyalah kedekut sangat pun, kwsp mama tu takkan tak hulur langsung dekat adik sikit? Adik tu bawah tanggungan lagi kot.
Masa aku bagitahu ayah adik dapat sambung belajar, awal – awal dia dah cakap dia takda modal. Lepastu sekarang ni minta kami adik beradik tolong pinjamkan dia 2k ataupun bayarkan rumah yang tertunggak 4 bulan. Kami semua macam nak menangis rasa.
Kami ni roadtax kete moto, nak m4ti. Anak – anak nak sekolah. Support adik belajar pulak. Sekarang ayah pulak minta. Bila aku tanya gelang mama yang dulu ayah pegang tu mana? Pajakkan lah dulu, nanti share – share t3bus balik.
Dia terus jawab “tak boleh tolong tak apalah”. Aku tak tahu nak tolong ke tak. Tapi aku sayang betul rumah tu. Ni baru-baru ni aku tengok FB mak tiri kena sp4m dengan orang tuntut hutang. Gaya macam ahlong. Haihhh aku tak tahu lah kenapa dengan bapak aku ni.
Akak aku kata, Tuhan balas lah tu sebab dia tak amanah masa dapat duit kwsp mama. Lepastu tanggungan dia ni dia lepas tangan macam tu je. Kesian betul aku tengok adik aku yang bongsu tu. Padahal budak tu diam je tak kacau orang, buat hal sendiri. Bukan main sedap mak tiri mengata macam-macam.
Pernah abang aku dah tak sabar, abang aku sound lah, dia m4ki kan abang aku. B4bi sial semua dia sebut. M4kin hangin lah abang aku. Sikit lagi nak bertumbvk, nasib ada yang tolong pegangkan abang aku. Entalah…. Kitorang ni nak tolong pun, kiteorang dah tersepit sendiri pun tak berduit sangat. Kalau korang, korang tolong tak ayah korang? – Nur (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Penjual putu mayam dedah perlu bayar tunggakan PIBG RM400, netizen minta sekolah jangan ‘kejam’