Kubur mewah berharga RM367,000 buat netizen melopong

Laporan portal berita Okezone menyatakan bahawa satu kawasan perkuburan yang dibina khas untuk sebuah keluarga di Binjai, wilayah Sumatera Utara, menarik perhatian ramai kerana menelan kos sebanyak 1.2 bilion rupiah (RM367,133)

Terletak di Kampung Namu Ukur Selatan, kubur milik keluarga Sitepu itu dibina menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi.

Kawasan kubur itu mempunyai luas sebesar 12 meter dengan panjang 15 meter.

Kos pembinaannya sangat tinggi kerana melibatkan penggunaan bahan-bahan seperti granit, ukiran granit, genting, serta ukiran patung yang menggambarkan proses pemakaman seseorang.

Kerja membina kubur tersebut mengambil hampir setahun setengah untuk diselesaikan kerana kesukaran dalam mendapatkan bahan binaan yang diperlukan.

Sebelum memasuki kubur tersebut, terdapat dua patung yang diletakkan di sebelah kiri dan kanan pintu masuk sebagai penanda arah menuju ke lokasi kubur.

Baca juga: Buntu berapa hari nak ganti bilangan puasa? Jangan risau, Mufti ajar pilih yang meyakinkan!