‘Kubur mewah rumah macam pondok’- Kubur dibina seperti rumah siap dua tingkat lagi

‘Kubur mewah rumah macam pondok’ itulah yang terjadi kepada sesetengah orang di atas muka bumi ini.

Malah struktur yang dibina seperti rumah sebenarnya adalah kubur. Sekali pandang mungkin ianya dilihat seperti deretan rumah-rumah di kampung dibina berteres.

Itulah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki melalui video yang dikongsinya di TikTok memaparkan kubur-kubur dibina seperti rumah.

Menerusi video yang dirakam dari Indonesia itu, lelaki berkenaan membawa penonton melihat binaan-binaan kubur terbabit di mana ia mempunyai pelbagai reka bentuk menyerupai rumah sebenar.

Apa yang mengejutkan lagi, terdapat binaan kubur yang dibina menyerupai rumah dua tingkat.

“Lahh, yang bunyi bertukang tu pasang kabinet dapur ke” – Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 14.5M views, 628.2K likes dan 20K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Baca juga: Norreen Iman kini muncul dengan imej bertudung, padam posting lama