Kuih peneram tradisi melayu, nak buat cuma guna 5 bahan je..sukat pula hanya guna cawan

Kuih Peneram adalah hidangan tradisional yang masih kekal popular hingga kini. Apa yang istimewa tentang kuih ini adalah rasanya yang enak dan bahan-bahannya yang hanya lima ramuan sahaja.

Apabila diteliti resepi ini, ia menunjukkan keistimewaanya pada gula dimana ia dimasak bersama dengan air(gula hangus).

Selain itu, dohnya juga perlu diperap dahulu selama empat hingga lima jam, atau lebih baik lagi jika diperap semalaman.

Kuih ini sesuai dijadikan kudapan saat beriadah dengan keluarga mahupun menonton televisyen bersama yang tersayang.

RESIPI KUIH PENERAM TRADISI HOMEMADE

Bahan-bahannya:

4 cawan tepung beras cap gajah 3 
2 sudu besar tepung gandum 
1 cawan gula merah (*)
1 cawan gula pasir (*)
1 cawan air (*)

Cara memasak:

Campurkan bahan-bahan yang bertanda *, kemudian masak hingga mendidih

Setelah siap, tuangkan campuran tersebut ke dalam tepung. Gaul tepung sehingga sebati dengan menggunakan senduk. Elakkan menggunakan tangan kerana air gula tersebut sangat panas.

Setelah selesai digaul, perap selama 4 hingga 5 jam. Untuk rasa yang lebih enak, lebih baik perap semalaman.

Setelah selesai direndam, tekaplah adunan menggunakan acuan dan goreng.

Selamat mencuba!

Baca juga: Dipuji macam anak dara bila berduaan dengan anak, Nora Danish titip nasihat penting-“Yang penting, kita ‘enjoy’!