Kulit ketiak hitam, jom ikut tips untuk putihkan ketiak

Umum tahu bahawa ketiak hitam ini menjadi masalah utama para wanita. Ia mampu menghilangkan keyakinan diri terutama buat wanita yang suka menggayakan baju tanpa lengan.

Pelbagai kaedah dan produk telah digunakan untuk mendapatkan kulit ketiak yang cerah, namun tiada perubahan dapat dilihat.

Jangan bimbang, cuba dahulu beberapa tips yang dikongsikan untuk mendapatkan kulit ketiak yang diidamkan.

1 Scrub

Kulit ketiak boleh menjadi hitam disebabkan pembentukan sel kulit mati. Jadi anda boleh menggunakan scrub untuk membuang sel kulit mati yang terdapat pada ketiak.

Anda juga perlu menggosok kawasan ketiak itu secara lembut agar kulit anda tidak terluka.

2 Elakkan mengguna pencukur

Jika boleh elakkan menggunakan pencukur atau krim pencukur kerana ia boleh menyebabkan ketiak anda menjadi hitam kerana ia hanya mencukur pada permukaan sahaja.

Apabila anda menggunakan pencukur ia akan membuatkan bulu yang tumbuh di kawasan itu menjadi lebih tebal.

3 Waxing atau cabut bulu menggunakan tweezer

Waxing adalah cara terbaik kerana kaedah tersebut menarik bulu sehingga akar serta tidak membuatkan ketiak hitam.

Anda juga boleh memilih untuk mencabut bulu menggunakan tweezer, kaedah ini boleh dikatakan sama sakit dengan waxing cuma perlu behati-hati bimbang kulit ketiak boleh terluka jika terkepit dengan tweezer.

4 Baking soda

Baking soda boleh bertindak sebagai peluntur serta membantu dalam proses mendapatkan kulit ketiak yang cerah.

Caranya ambil satu sudu baking soda yang dicampurkan sedikit air kemudian gosokkan pada kulit ketiak sekuatnya dan bilas dengan air.

5 Ubat Ketiak

Ramai percaya pemakaian ubat ketiak mampu mebuatkan kulit ketiak menjadi hitam.

Namun itu tidak bermakna anda perlu berhenti memakai ubat ketiak, pilih ubat ketiak yang mengandungi bahan semula jadi dan bertekstur lembut.

Penggunaan ubat ketiak juga perlulah dalam kuantiti yang sedikit, kerana cairan yang banyak hanya akan membuatkan ia keras pada kulit serta meninggalkan kesan kuning pada baju yang sukar untuk dibasuh.

6 Elakkan pakaian ketat

Pemakaian baju ketat akan menyebabkan berlakunya geseran di sekitar kawasan ketiak yang menyebabkan kulit menjadi lebih gelap.

Keadaan ini bukan sahaja menyebakan kulitt gelap malah ia mampu menyebabkan kulit menjadi kasar atau kulit mati.

Anda bukan sahaja dapat menjimatkan wang dengan melakukan rawatan yang mahal, tips ini juga memudahkan anda untuk mendapatkan kulit ketiak yang lebih cerah.

 

Baca Juga: Bengang tiap bulan tak bayar, ‘owner’ rumah gantung kain rentang tulis ‘penyewa ini tak bayar sewa’

Baca Juga: Najib persoal hanya Kit siang didenda, KJ pula ingatkan dia ada kompaun belum dibayar