Kurang tahu ilmu ‘peram’ buah? Ini tips mudah bila tersilap beli buah muda, laju je masak!

Buah-buahan tempatan kini setanding dengan buahan import malahan lebih murah dan mudah didapati dimana mana.

Namun ada kalanya kita sebagai pembeli tidak mengetahui bagaimana caranya mahu memeram buah apabila terbeli buah yang terlalu muda.

Seorang pelayar Facebook, Asyraf Shuib berkongsi cara memeram buah-buahan dengan betul di Facebook sebagai panduan kita bersama:

Cara 1:

Masukkan buah yang ingin diperam ke dalam beg kertas, dan letakkan bersama dengan sebiji pisang yang sudah masak. Selepas itu, tutup beg kertas. Jika tiada beg kertas, alternatifnya adalah menggunakan kotak. Pastikan untuk tidak meletakkan buah dalam beg plastik.

Sila periksa buah yang diperam setiap hari untuk mengelakkan kematangan berlebihan. Pisang adalah buah yang cepat ranum kerana menghasilkan banyak gas etilena. Oleh itu, apabila diletakkan bersama buah yang belum masak, ia mungkin menyebabkan buah lain cepat masak.

Selain pisang, anda juga boleh menggunakan epal sebagai pengganti kerana epal juga mengeluarkan banyak gas etilena.

Cara 2:

Amalkan dengan mencuci dan mengeringkan buah yang ingin diperam. Anda boleh menggunakannya dengan mengelapnya menggunakan kain bersih atau tisu. Setelah itu, tanam keseluruhan buah dalam beras. Jangan lupa untuk selalu periksa keadaan buah setiap hari.

Penting juga untuk memberi perhatian kepada beras. Jangan biarkan buah yang ranum merosakkan beras, kerana itu juga boleh menyebabkan kerosakan pada buah yang lain.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini antara sebab kenapa rakyat Malaysia wajib boikot konsert Bruno Mars september nanti