Kurang tidur sebab cuaca terlalu panas. Satu kajian mendapati suhu yang lebih panas boleh menyebabkan orang untuk hilang waktu tidur.
Kajian itu mengatakan bahawa purata warga dari seluruh pelusuk dunia kini kehilangan sekitar 44 jam tidur setahun akibat malam yang lebih panas.
Antara golongan yang paling berisiko tinggi untuk kehilangan tidur akibar suhu panas ialah wanita dan orang tua.
Kajian yang diterbitkan dalam jurnal One Earth, menganalisis data daripada gelang penjejakan tidur yang digunakan oleh 47,000 orang di 68 negara.
Ia menunjukkan bahawa suhu yang lebih tinggi mengurangkan tidur dengan melambatkan untuk melelapkan mata, ia juga menyatakan bahawa badan manusia lebih sukar untuk kembali kepada suhu normal.
Kajian itu menunjukkan bahawa badan wanita cenderung sejuk lebih awal pada waktu petang berbanding lelaki, yang bermaksud bahawa suhu yang lebih panas akan memberi kesan yang lebih besar kepada wanita.
Orang tua juga terjejas teruk kerana mereka mempunyai peraturan suhu badan yang lebih lemah.
Data juga menunjukkan bahawa orang di negara berpendapatan rendah lebih cenderung untuk kehilangan tidur.
Para penyelidik berteori bahawa ini mungkin kerana mereka kurang akses kepada kemudahan seperti kipas elektrik atau penghawa dingin.
Para penyelidik juga memberi amaran bahawa perubahan iklim akan memburukkan lagi masalah.
Mereka menganggarkan bahawa orang ramai akan kehilangan kira-kira 58 jam tidur setahun jika tiada apa yang dilakukan untuk membendung pelepasan bahan api fosil.
Jika pelepasan dikurangkan, mereka mengatakan angka ini akan menurun kepada 50 jam.
Pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terutama kaum wanita dan orang tua. Perubahan suhu akan memberi impak lebih besar kepada dua golongan ini berbanding lelaki.
Baca Juga: Ini sebab kenapa anda perlu kerap tukar bantal
Baca Juga: RM385,000 selenggara lif, penduduk tidak perlu keluar duit