Satu data menunjukkan penduduk lelaki di Republic Czech dikategorikan sebagai paling botak dalam dunia.
Angka yang disusun oleh World Population Review berdasarkan data dari Vantage Hair Clinic mendedahkan senarai 21 negara populasi lelaki yang botak.
Menurut data itu juga, golongan berbangsa Kaukasia adalah yang paling cepat mengalami keguguran rambut berbanding kaum lain.
Dari 21 negara yang dikaji, 1 perempat populasi lelaki sedang dalam proses keguguran rambut atau pun sudah botak sepenuhnya.
Dilaporkan oleh Daily Mail, Republik Czech menduduki tangga pertama dengan 42.8 peratus daripada populasi lelaki dewasa mengalami masalah keguguran rambut.
“Diet mungkin menjadi salah satu faktornya. Masakan Czech amat berat dalam sup pekat, stew, hidangan daging, kanji dan bir.
“Makanan ini kebarangkalian mempunyai jumlah vitamin dan mineral rendah yang diperlukan untuk pertumbuhan rambut,” jelas laporan.
Sepanyol menduduki tempat kedua dengan 42.6 peratus golongan lelaki mengalami masalah kepala botak manakala Jerman di tangga ketiga dengan 41.2 peratus dan Perancis 39.24 peratus.
United Kingdom (UK) menduduki tempat kelima dengan 39.2 peratus manakala Amerika Syarikat (AS) dengan 38 peratus.
Menurut American Hair Loss Association (AHLA), kira-kira 95 peratus masalah keguguran rambut dialami golongan lelaki disebabkan oleh alopecia androgenetik.
Baca juga: Bakal doktor tapi buat ‘part time’ kat rumah pelacuran