Seperti yang berlaku kepada individu yang bertubuh gempal, individu yang berbadan kurus juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa body shaming.
Malahan, mereka turut sering diberikan pelbagai gelaran yang bersifat menghina seperti “lidi,” “cicak,” dan pelabelan lain yang tidak sensitif.
Berikut kami kongsikan lima cara yang boleh dilakukan untuk menambah saiz badan secara sihat.
1. Makan secara berkala
Secara perlahan, tukar pola makan dari tiga kali sehari kepada lima kali sehari, tetapi dalam jumlah yang lebih kecil.
Selain itu, penting juga untuk memberi perhatian kepada isyarat tubuh apabila anda merasa lapar. Anda juga perlu merancang waktu untuk makan meskipun anda tidak merasa sangat lapar.
Dengan cara ini, tubuh dapat menyerap kalori dengan lebih banyak.
2. Pilih sayur dan buah yang tepat
Walaupun prinsip menambah berat badan adalah dengan menambah pengambilan kalori, lebih baik memilih jenis makanan yang sihat seperti sayur dan buah. Anda boleh memilih sayur dan buah yang tinggi kalori seperti kurma, kismis, kacang soya, atau pisang.
Jika perlu, rundingkan dengan seorang pakar pemakanan untuk menentukan jumlah kalori yang sesuai dengan keperluan tubuh anda.
3. Makanan padat tenaga
Mengambil makanan yang padat tenaga boleh menjadikan perasaan kenyang tidak terlalu cepat datang, tetapi kalori yang diperoleh masih mencukupi.
Jenis makanannya juga perlu dipilih yang sihat, seperti avokado, kekacang, minyak zaitun atau susu.
4. Tingkatkan pengambilan karbohidrat
Karbohidrat kompleks yang sihat dapat meningkatkan pengambilan kalori dan pada masa yang sama memberikan nutrisi yang bermanfaat. Contohnya termasuk nasi beras merah, quinoa, roti gandum penuh, kentang, atau pasta gandum penuh.
Beberapa bahan di atas juga termasuk sumber protein dan mineral yang kaya seperti potasium dan magnesium.
5. Senaman angkat berat
Senaman terutamanya latihan angkat berat boleh membantu anda menambah berat badan dengan membina otot. Selain itu, senaman juga boleh merangsang selera makan anda.
Cuba lakukan rutin senaman angkat berat tiga hingga empat hari seminggu untuk hasil yang optimum.
Baca juga: Dah tua pun kena pergi PLKN, netizen bidas saranan umur hingga 35 tahun..siap tanya dapat gaji ke